Mengapa aku melihatnya sebegitu? Bukan kereta atau bas express, coz tiada org baru yg kita akan jumpa sepanjang perjalanan except masa pi toilet atau makan di R&R....Bukan kapal terbang coz perjalanan terlalu pantas dan tidak berenti2.
Impian memiliki teman hidup seperti stesen akhir Keretapi Tanah Melayu kat utara nun....dan memulakannya dari stesen di selatan. Sepanjang perjalanan yg panjang dan pasti lama itu, pasti kita akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin muka baru di setiap stesen keretapi itu berhenti. Ada yg kebetulan duduk disebelah kita, berkenalan dan memulakan perbualan, serasi. Jika teman disebelah seperti ini, tentu perjalanan tidak lagi rasa bosan, tapi malangnya teman yg serasi terpaksa turun di stesen yg seterusnya. Hati akan kecewa dan terkilan. Tetapi keretapi tidak akan berhenti lama menunggu kita, perjalanan mesti diteruskan. Mahu tidak mahu, kita juga harus meneruskannya. Menanti teman duduk di sebelah yg baru.
Adakala teman duduk di sebelah hanya membantu diri, tidur. Adakalanya pula amat menjengkelkan hati hingga kita pula yg mencari tempat duduk kosong lain untuk melarikan diri. Adakalanya duduk berseorangan tanpa penumpang baru hingga stesen berikutnya.
Dari stesen ke stesen, berharap akan berjumpa dengan teman duduk disebelah yg serasi dan akan bersama hingga sampai ke stesen akhir bersama. Tapi ada kemungkinankah stesen akhir bukan setakat di Utara Malaysia? Bagaimana jika disambung hingga ke hujung dunia? Memikirkan begitu, hati jadi gundah ..........
No comments:
Post a Comment