Friday, August 08, 2008

Pangkor dan ceritanya....

Perancangan untuk ke Pulau Redang terpaksa dibatalkan... dan cuti panjang yang dipohon, diteruskan... jadi kami hanya ke Pulau Pangkor yang terletak hanya 1 jam perjalanan dari Ipoh

Jadi aku dan Ani (sahabat lama sekampung) bertolak dari Ipoh kira2 11 pagi. Sampai di Lumut pada 12 tgh hari dan terus menaiki bot ke Pulau Pangkor. Selepas makan tgh hari dan solat zohor... we all pun ready untuk terjun ke laut ... wahhhh … tanpa menghiraukan terik mentari yg membakar …kami terus menjadikan acara renang sebagai pilihan utama sehingga kira2 pukul 4 petang, kecut, kedut semua jari2 tangan dan kaki...

Dek kesian pada pakcik bot, kami menaiki bot utk island hoping ... and singgah di Coral Island selama 1 jam utk berenang lagi!! Di sinilah ceritanya bermula... Peringatan untuk sesiapa yang berenang di laut semasa air tgh pasang....sentiasa berhati2 dengan paras air anda... tempat yg sama mungkin tidak sama lagi dalam hanya 2-3 minit... 2-3 minit sebelumnya, masih dapat berdiri menginjak tanah tanpa disedari selepas itu tidak lagi... cehhh ....hampir nak lemas dibuatnya !!! and nak dijadi cerita ...kamera plaks terjun dalam laut bersama2 aku masa nak naik bot !! wahh.....abis kamera kesayangan aku!!! Tapi apa pun ... alhamdulillah..gambar yang diambil dapat diselamatkan.... and this cute picture captured was priceless.... A family yg maybe x leh berenang semuanya ....buat satu barisan panjang and berenang sambil bergantung pada pelampung kura2..hahah ...comel!!!