Pindah kerja ke Kuala Lumpur....terlalu banyak soalan dilontarkan, mengapa? Aku hanya tersenyum...mencuba udara baru, ku balas.
Mengapa aku berpindah? Mengapa aku ke KL? Bukan aku mahu ke KL sebenarnya kerana aku akan rindu akan bau laut tetapi kerana kerja baru yg ingin ku cuba ini hanya ada di HQ..Mengapa kerja ini yang ingin ku cuba? kerana aku merasakan ia adalah satu batu loncatan atau salah satu cara utk aku memenuhi impian ku...
Aku ingin menjadi burung...terbang bebas..aku rasa itu adalah cita2 pertamaku apabila kecil...Terbang ke tempat baru setiap hari..membuka mata dan tutupnya mata setiap hari di suasana dan udara yg berlainan....Aku masih mempunyai impian itu hingga kini...cuma tidak lagi bercita2 menjadi burung...tapi masih mengimpikan kebebasan yg sama...
Mungkin juga kerana aku telah terbiasa untuk tidak tetap berada di sesuatu tempat lebih lama dari 4 tahun....Dari kecil, aku akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yg lain mengikut ayah....3 sekolah rendah, 3 sekolah menengah, 2 tempat di university..semuanya tidak melebihi 2-3 tahun...
Mungkin kerana tahi lalat di tapak kaki yg menarik perhatian sesiapa sahaja yg terpandang dari memberitahuku....aku akan pergi jauh.....aku akan tinggal jauh dari tempat asalku...tapi setakat ini yg paling jauh ku pergi hanyalah Indonesia......
Hanya kerana aku adalah aku....aku masih mengimpikan impian yg sama....dan perpindahan ini adalah langkah pertama untuk terbang lebih jauh....Dunia di luar sana sedang menantikan...